Pages

Thursday, 20 February 2014

Tawaran Baru Guru Besar SK.Lati 2014 ( New Deal )

Pada 17 Februari 2014 Pemantauan telah dilakukan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti yang diketuai oeh Tn. Hj. Yusoff Hassan       ( Ketua Jemaah Nazir Pahang ), En. Osman Bin Alaudin ( Ketua Penolong Pengarah Jemaah Nasir Jaminan Kualiti KPM ) dan Tn. Hj. Izhab Bin Ismail ( Nazir Jaminan Kualiti Negeri Kelantan). Kami warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KPM kerana mencalonkan sekolah kami untuk Tawaran Baru Guru Besar untuk tahun 2013.




Thursday, 6 February 2014

MEMBUDAYAKAN UCAPAN SALAM DI SEKOLAH 


Iklim sekolah yang sihat tergambar menerusi jalinan kemesraan antara setiap orang warganya. Kemesraan yang dimaksudkan tentulah dalam lingkungan adab dan proses sosial yang normal. Komunikasi yang mesra misalannya dimulai dengan ucapan salam.







Wednesday, 5 February 2014

SK Lati Gemilang

Tahniah kepada Warga SK Lati kerana terpilih untuk dinilai New Deal 2013

Sunday, 14 October 2012

De Lati Cafe

De Lati Cafe di kendalikan oleh Pn. Eashah Binti Yaacob. Secara ringkas De Lati Cafe banyak mencatat kejayaan dalam aktiviti-aktivi yang dianjurkan oleh Jabatan dan Sekolah. De Lati Cafe pernah penjuarai Program JUARA Kantin Peringkat PPD Pasir Mas  sebanyak dua kali.



Pn. Eashah Bt Yaacob
( De Lati Cafe )

Jamuan Pelajar dan Ibubapa Pelajar SK. Lati De Lati Cafe






Monday, 17 September 2012

Lawatan Ke Melaka Pelajar UPSR 2012

      Pada 13 September 2012 SK. Lati Pasir Mas mengadakan lawatan ke Melaka pelajar-pelajar UPSR 2012.
Seramai 64 orang pelajar dan 10 orang guru telah mengikuti lawatan tersebut. Lawatan ini bagi memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar serta menghiburkan hati mereka setelah berpenat lelah dalam mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi UPSR. Dengan demikian pihak sekolah telah menganjurkan satu lawatan ke Melaka. Kami warga sekolah mendoakan kejayaan anak didik kami semoga memperoleh keputusan yang cemerlang.

Friday, 18 May 2012

Sambutan Hari Guru SK. Lati

Pihak Pengurusan Sekolah SK. Lati dari kanan Tn. Hj. Dasuki Che Harun ( Guru Besar ),                          Tn. Hj. Nori Wan Kader ( PK Pentadbiran ), Tn. Hj. Norhisyam Ab.Rahim ( PK HEM ), En. Mazlan Omar ( PK Ko )
Pada 16 Mei 2012 serentak seluruh Malaysia sambutan Hari Guru diadakan disetiap sekolah. SK. Lati tidak terlepas juga meraikan majlis sambutan ini dengan meriah sekali. Banyak acara-acara yang diadakan dalam majlis tersebut.

Gambar-gambar Majlis Bacaan Yassin Hari Guru SK.Lati 2012